:: katering :: :: masakan :: :: perkahwinan :: :: promosi ::

 

 

::Tips-Tips Katering::

 

Sebelum menempah katering untuk sebarang majlis terlebih dahulu fikirkan kuantiti yang diperlukan dan menu yang sesuai untuk majlis berkenaan. Dibawah ini di senaraikan panduan-panduan yang berguna untuk para pelanggan.

1. MAJLIS PERKAHWINAN.

1.1 Tentukan bilangan tetamu berdasarkan kad jemputan yang telah di keluarkan, jemputan melalui telefon

      dan jemputan melalui mulut.

1.2 Jika ini merupakan kali pertama melangsungkan perkahwinan, jumlah tetamu setidak-tidaknya di

      kalikan dengan tiga orang setiap jemputan, kemudian 80% daripada jumlah tersebut merupakan kuantiti

      tempahan katering yang sebenar.  Perkiraan ini perlu kerana saudara-mara, jiran, sahabat

      handai dan  jemputan lain ingin melihat bagaimana majlis yang bakal diadakan itu di uruskan dan

       menyebabkan jumlah tetamu melebihi jumlah yang sebenarnya.

1.3 Kebiasaannya jumlah yang akan hadir melebihi kuantiti yang dijemput kecuali jika musim hujan atau

      cuti sekolah. 

1.4 Kad-kad jemputan yang dihantar kepada jabatan-jabatan untuk rakan-rakan mestilah di hantar secara

      individu, bukan di serahkan kepada seseorang untuk mewakili semua orang. Ini untuk mengelakkan jika

      satu-satu jabatan itu melebihi dari 2 orang, ini boleh menyebabkan jumlah tetamu semakin bertambah

      sedangkan tempahan makanan tidak mencapai jumlah sepatutnya.

1.5 Kami mencadangkan untuk majlis yang pertama kali di adakan, sajian secara hidang adalah di syorkan

      supaya tetamu-tetamu yang hadir dapat menikmati sajian dengan lebih selesa. Tambahan RM 3.00 untuk

      sajian yang di hidang. 

1.6 Jika sajian secara hidang menjadi pilihan, pihak tuan rumah mestilah menyediakan sejumlah ajk untuk

      menghalakan tetamu yang datang supaya dapat memenuhi setiap meja yang telah disiapkan hidangannya

      diatas meja santapan. Sistem ini dapat menjimatkan masa penyediaan makanan oleh pihak katerer dan

      kelihatan teratur.

2. MAJLIS AKIKAH.

2.1 Nyatakan samada bayi yang dilahirkan lelaki atau perempuan.

2.2 Berikan nama pada katerer untuk tujuan niat semasa kambing disembelih.

 

3. SEBARANG MAJLIS MAKAN.

3.1 Tentukan jumlah tetamu yang akan datang dan menu yang dikehendaki.

3.2 Pastikan ada ruang dan meja untuk menempatkan sajian makanan.

3.3 Maklumkan jika ada tetamu VVIP, VIP dan jumlahnya.

3.4 Maklumkan secepat mungkin sebarang perubahan waktu dan kuantiti kepada pihak katerer.

3.5 Jika kelengkapan atau peralatan lain diperlukan sila hubungi pihak katerer dengan kadar segera supaya

      Persiapan awal boleh di sediakan.

 

 

::MENU::

LAMAN UTAMA
KENALI KAMI
GALERI HIDANGAN
GALERI PERKAHWINAN
TEMPAHAN
PERKHIDMATAN
SENARAI PELANGGAN
KALENDAR KATERING
HUBUNGI KAMI